
KOTA KINABALU, 24 September 2021 - Usahawan belia perlu melengkapkan diri dengan menguasai kemahiran digital bagi membantu melonjakkan pendapatan yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
Berucap ketika menutup rasmi Program Youth Career (Y-Career) Bengkel Teras Pemasaran Digital Peringkat Bahagian Pantai Barat 2021 secara atas talian kepada peserta, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Mohamad Mazlan Bin Haji Anis berkata, memasarkan produk di media sosial sahaja tanpa strategi yang berkesan berkemungkinan tidak mampu memberi impak seperti yang diinginkan, apatah lagi ketika hampir semua jenis perniagaan kini beralih ke platform digital.
" Tuntutlah ilmu keusahawanan, digitalkan perniagaan anda. Apa yang sangat diperlukan usahawan masa kini ialah akses untuk meningkatkan pendapatan dalam kadar segera dan akses pasaran bagi mereka. Justeru itu, program Bengkel Teras Pemasaran Digital ini dilihat mampu memberi peluang dan latihan aspek pemasaran kepada peserta." Jelas beliau.
Terdahulu, program yang berlangsung selama 5 hari tersebut telah dilaksanakan secara atas talian melalui aplikasi Zoom Meeting. Program anjuran Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dengan kerjasama Rakan Strategik Khaiz Empire tersebut melibatkan penyertaan seramai 30 orang peserta berumur 18-30 tahun terdiri daripada belia-belia di Bahagian Pantai Barat.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 481







