KOTA KINABALU, 6 November 2021 - Kementerian Belia dan Sukan Sabah dengan kerjasama Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah dan Majlis Belia Sabah telah mengadakan Majlis Perasmian Penutupan Sambutan Hari Belia Peringkat Negeri Sabah bertempat di Dewan Sipadan III, Sabah International Convention Centre (SICC).
Majlis perasmian penutupan ini telah disempurnakan oleh YAB Datuk Seri Panglima Hajiji Haji Noor, Ketua Menteri Sabah.
Pada majlis tersebut telah disampaikan Anugerah Perdana Belia Negara dan Anugerah Belia KBSS kepada para pemenang yang telah dipilih oleh panel penilai berdasarkan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan. Selain itu, turut diadakan juga pelancaran Youth Management System dan sesi menandatangani “Longest Nonstop Virtual Talent Broadcasting Malaysia Book Of Records” oleh YAB Ketua Menteri.
Turut bersama dalam majlis ini ialah YB Datuk Ellron Angin, Menteri Belia dan Sukan Sabah, YBhg Tuan Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Encik Ahmad Farid Sainuri, Presiden Majlis Belia Sabah dan dif-dif jemputan yang lain.
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 418







