
KOTA KINABALU, 24 Januari 2022 – Pegawai Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Encik Syivero Patrick telah dikunjungi oleh Encik Abdul Rasit yang merupakan aktivis sosial persendirian di pejabatnya hari ini.
Dalam sesi perbincangan beliau, menyuarakan hasrat untuk bertemu dengan barisan kepimpinan dari golongan belia untuk membuat satu kajian khusus mengenai hal moral dan sosial masyarakat hari ini.
Selain itu, beliau juga berharap agar kajian ini dapat memberi satu konsep penyelesaian dalam menangani hal moral dan sosial masyarakat khususnya golongan belia hari ini.
Turut hadir Bersama dalam kunjungan tersebut ialah Encik Luqman Al-Hakim.
Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 355










