
KOTA KINABALU, 16 Februari 2022 – Sekretariat Anugerah Perdana Belia Negara telah mengadakan satu taklimat berkaitan Program Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) bagi tahun 2022 secara atas talian melalui platform Google Meet melibatkan Pegawai Unit Kepimpinan dan Sahsiah seluruh Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
Taklimat ini adalah mengenai format pelaksanaan Program APBN yang akan dijalankan pada tahun 2022 dan sesi penilaian dijangka akan diadakan pada bulan mac 2022. Jabatan mengalu-alukan penyertaan dari individu dan pertubuhan yang layak berdasarkan syarat-syarat yang ditetapkan untuk menyertai anugerah ini nanti.
Turut hadir dalam taklimat ini ialah Encik Mohamad Mazlan Bin Haji Anis, Timbalan Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah, Puan Jovanna Juanis dan Encik Mohd Hazreen Bin Mahassan, Pegawai Unit Kepimpinan dan Sahsiah, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 469















