- JBS Sabah
- Hits: 352
UKJK PEGAWAI BELIA DAN SUKAN S41 & PEMBANTU BELIA DAN SUKAN S19 KEMENTERIAN BELIA DAN SUKAN MALAYSIA BERJALAN LANCAR





TUARAN, 3 Mac 2022 - Ujian Kecergasan Jasmani Kebangsaan (UKJK) bagi urusan pengambilan Pegawai Belia dan Sukan S41 dan Pembantu Belia dan Sukan S19 di INTAN Kampus Sabah telah dijalankan pada 2-3 Mac 2022.
10 orang penguji UKJK yang terdiri daripada pegawai-pegawai Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah bertugas pada sesi kali ini dan diketuai oleh Encik Mohd Rizuan Abd. Majid, Pegawai Rekreasi, Bahagian Pembangunan Sukan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah.
Sesi UKJK ini diselaraskan oleh pihak Sumber Manusia, Kementerian Belia dan Sukan Malaysia.
Disediakan;
Encik Ryandie Angsukup
JBS(P) Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 352








