
BEAUFORT- 08 MAC 2022 – Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort hari ini telah membuat kunjungan hormat ke Majlis Daerah Beaufort.
Kunjungan hormat ini merupakan sesi perkenalan Penolong Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort, Encik Zainudin bin Atin dengan Encik Mohd Ainul yang merupakan Pegawai Eksekutif, Majlis Daerah Beaufort.
Hasil dari kunjungan ini kedua-dua pihak saling bertukar pandangan serta sekaligus membincangkan mengenai program Malaysia Sport League 2022 yang bakal dilaksanakan pada Mac 2022 hingga Mei 2022. Pegawai Eksekutif menyokong penuh dengan pelaksanaan yang akan dijalankan serta akan memberikan kerjasama sepenuhnya.
#jbssabah
#jbsnbersama
#pbsbbeaufort
#sabahmajujaya
Disediakan oleh,
Nurhayati binti Salleh
Pembantu Belia dan Sukan
Bahagian Beaufort.
- JBS Sabah
- Hits: 302











