

KOTA KINABALU, 24 Februari 2022 - Telah berlangsungnya satu mesyuarat yang diadakan secara atas talian bagi penyelarasan Malaysia Sport League. Mesyuarat telah dipengerusikan oleh YBhg. Tuan Mohd Azhari Mohammad, Ketua Pengarah, Jabatan Belia dan Sukan Negara.
Mesyuarat membincangkan kelancaran bagi pelaksanaan Malaysia Sport League di Peringkat Daerah dan Peringkat Negeri di seluruh Negara. Mesyuarat ini turut dihadiri oleh Pengarah-Pengarah Jabatan Belia dan Sukan Negeri.
Turut hadir, YBrs. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
Disediakan,
Ryandie Angsukup
JBS(P) Negeri Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 324























