
KENINGAU, 19 Mac 2022 – Malaysia Sports League (MSL) Peringkat Bahagian Keningau memulakan kejohanan pertama iaitu futsal kategori lelaki dan wanita bertempat di Patikang Court Futsal, Keningau. Kejohanan yang serentak diadakan di seluruh Negeri Sabah ini telah menghimpunkan hampir 500 penyertaan di Bahagian Keningau dengan pecahan 40 pasukan lelaki dan 10 pasukan wanita.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah dari PBSB Keningau diwakili oleh En. Faizam Ibrahim selaku Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau, En. Mohamad Khaled Januil Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSB Keningau dan En. Mohd. Sofian Samad Pegawai Unit Sukan PBSB Keningau.
Disediakan oleh
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 301











