
KENINGAU, 13 Mac 2022 – #Lebihbaikcegah, demikian tanda pagar yang dilaungkan oleh peserta Kayuhan Hidup Sihat Tanpa Dadah 2022 sebelum pelepasan dimulakan tepat pada pukul 6 pagi oleh Tuan Nani bin Sikin, Pengarah Agensi Anti Dadah Kebangsaan Negeri Sabah.
Program berkonsepkan funride ini bertempat di Taman Rekreasi Seri Cempaka Kampung Kota Ayangan dan berjaya kayuhan menghimpunkan hampir 100 penyertaan dari pelbagai belia di sekitar Daerah Keningau dengan jarak laluan sebanyak 30 kilometer.
Turut hadir memeriahkan program ini ialah dari PBSB Keningau diwakili oleh En. Faizam Ibrahim selaku Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau, En. Mohamad Khaled Januil Pegawai Unit Pembangunan Belia PBSB Keningau dan En. Erzan Pegawai Unit Rakan Muda PBSB Keningau.
Disediakan oleh
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 373









