


Kota Kinabalu, 23 Mac 2022 - Sesi penilaian bagi calon Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah tahun 2022 telah dilaksanakan bertempat di Arena Belia, Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Kepayan.
Pada tahun ini sebanyak 11 orang calon bagi kategori individu lelaki, 3 orang calon bagi kategori individu wanita dan 7 calon bagi kategori pertubuhan telah mengambil bahagian dalam sesi penilaian pada tahun ini.
Sesi penilaian pada tahun ini melibatkan panel-panel dari pelbagai agensi seperti Universiti Malaysia Sabah (UMS), Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan aktivis serta mantan kepimpinan belia.
Antara panel-panel yang terlibat adalah Prof Madya Dr. Janice Lay Hui Nga, Prof Madya Dr. Balan Rathakrishnan, Datuk Kevin Lim Thien Phin Lim, Encik Muadzad Shahrom Muhasip, Puan Fazilah Abd Rahman dan Encik Mohd Salim Japaran.
Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 271








