
KOTA KINABALU, 9 Februari 2022 – Pegawai Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Encik Syivero Patrick telah menghadiri Bengkel Kepekaan Gender Bersama Pemimpin Akar Umbi Daerah Putatan yang telah diadakan bertempat di Grand Ballroom, Shangri-La’s Tanjung Aru & Spa, Kota Kinabalu, Sabah.
Bengkel anjuran Jabatan Hal Ehwal Wanita Negeri Sabah dengan Kerjasama Pejabat Daerah Putatan ini telah dirasmikan oleh YB Datuk Ir.Shahelmy Yahya, Menteri Pembangunan Masyarakat dan Kesejahteraan Rakyat Negeri Sabah.
Turut hadir Bersama dalam bengkel tersebut Encik Andy Suhardy Bin Sarbini, Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia Dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat.
Oleh:
Sukarnih Binti Sidik
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 315













