

TAMPARULI, 3 November 2021 - "Saya sendiri adalah seorang peniaga dan saya memahami perjalanan turun naik satu perniagaan. Oleh itu, ingin saya tekankan, ilmu kemahiran serta usaha berterusan adalah kunci untuk kita berjaya". Demikian antara intipati ucapan Encik Mohammad Ghazali DSP Hajiji, YDP Kelab Belia Pekan Tuaran ketika menutup rasmi Program Kemahiran dan Keusahawan Kursus Jangka Pendek Tahun 2021 (Kursus Pemprosesan Ikan Masin dan Kursus Pembuatan Jem, Sos & Puding) hari ini.
Beliau yang juga merupakan usahawan muda dan Pengasas Pop Out Ink berkata, dalam keadaan pandemik yang telah merosakan ekonomi negara, ramai rakan belia yang kehilangan punca pendapatan. Ada yang dibuang kerja kerana keadaan majikan yang turut dibelengu masalah ekonomi yang terjejas.
"Akan tetapi, kita perlu terus berusaha dan tidak mengalah dengan keadaan. Jerit perih dan kegagalan adalah proses untuk kita belajar untuk mengecapi kejayaan". Jelas beliau.
Beliau juga berharap agar program-program seumpama ini dapat diperbanyakan untuk membantu masyarakat terutamanya belia untuk mendapatkan kemahiran serta ilmu untuk memulakan kerjaya dalam perniagaan.
"Saya berharap agar pihak kerajaan meringankan kriteria untuk pemohonan bantuan bagi masyarakat terutamanya belia yang memohon bantuan perniagaan melalui agensi-agensi kerajaan. Kurangkan birokrasi bagi memastikan bantuan-bantuan perniagaan sampai kepada golongan sasaran. Mari bersama-sama kita bekerjasama dalam memulihkan ekonomi yang terjejas kerana pandemik yang berlaku." Ujar beliau.
Terdahulu, program yang mengandungi 2 kursus tersebut berlangsung selama 3 hari bermula 1-3 November 2021 bertempat di Linangkit Cultural Village dan Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pantai Barat, Arena Belia Tamparuli/ Tuaran merupakan anjuran Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pantai Barat dengan kerjasama Rakan Strategik Nala Group dan Nabalu Enterprise yang turut mendapat sokongan kerjasama Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat.
Turut hadir didalam majlis berkenaan, Encik Eldrige Baxter Jilan, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pantai Barat, Encik Muhamad Zaineh Bin Jali, Penasihat Tuaran Youth Town Club (TYTC), Pengasas Nala Group dan Pengasas Nabalu Enterprise.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 378





