
PUTATAN, 4 Oktober 2021 – Pengarah dan kakitangan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah turut sama menyertai Program TAFISA World Walking Day 2021 (WWD) bertempat di Kompleks Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah hari ini.
Program ini diadakan bersempena Sambutan Hari Sukan Negara yang akan dilaksananakan pada 9 Oktober 2021 akan datang. Jabatan Belia dan Sukan Negara mengambil inisiatif bekerjasama dengan Majlis Leisure & Rekreasi Malaysia (MARFIMA) dalam menyertai TAFISA World Walking Day 2021 (WWD) sebagai salah satu pengisian di dalam Sambutan Hari Sukan Negara yang akan turut disertai oleh YB.Menteri Belia dan Sukan Malaysia.
WWD merupakan program Antarabangsa dan disambut di seluruh dunia. Ia melibatkan penyertaan dari serata dunia. Program ini terbuka kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa, agama, umur, latar belakang dan jantina. Tujuan utama program ini adalah untuk menjadikan aktiviti fizikal sebagai rutin harian dengan mempromosikan faedah berjalan kaki.
WWD juga bertujuan untuk merapatkan hubungan silaturahim di kalangan masyarakat melalui aktiviti berjalan kaki dan membudayakan Gaya Hidup Aktif di kalangan masyarakat Malaysia. Selain daripada itu, pelaksanaan WWD juga menjadi sebagai pemangkin dalam mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi semua lapisan masyarakat disamping meningkatkan kesedaran masyarakat untuk menjalani gaya hidup cergas.
Oleh:
Melda Arif
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 408






