- JBS Sabah
- Hits: 507
BULAN SABIT MERAH MALAYSIA DAERAH TUARAN KOMITED BANTU UNIT TABUNG DARAH HOSPITAL TUARAN
TUARAN, 9 September 2021 - Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Daerah Tuaran dengan kerjasama kepimpinan JPKK Kg Dungun Bawang Sarayo, Tuaran dan sekitarnya serta Unit Tabung Darah Hospital Tuaran akan mengadakan kempen menderma darah bagi mengisi bekalan darah yang kini dalam keadaan amat kritikal.
Menurut kenyataan Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran, Kevin Lo berkata, program tersebut akan diadakan pada 12 September 2021 (Ahad) bertempat di Dewan Muhhibah Kg Dungun Bawang Sarayo (Jalan Marabahai Tambalang 2) bermula 9.00 pagi hingga 2.00 Petang.
"Orang ramai dijemput menderma darah bagi membantu Unit Tabung Darah Hospital Tuaran menampung keperluan yang agak kritikal ketika ini". Jelas Kevin.
Kevin turut menyatakan, penderma darah wajib membawa buku menderma darah (warna merah/biru) (Jika penderma ulangan).
"Borang pendaftaran Penderma Darah boleh diisi secara online melalui https://regdonor.bbis.moh.gov.my dan perlu dimuat turun atau cetak dan dibawa semasa dating menderma darah. Untuk makluman juga, sila pilih Hospital Queen Elizabeth untuk hospital menderma sekiranya anda ingin mengisi dan mencetak borang derma darah untuk dibawa ke program derma darah ini". Tambah Kevin.
Sebarang pertanyaan mengenai program tersebut, orang ramai boleh menghubungi Pejabat BSMM Daerah Tuaran ditalian 088-788880/ 016-8447217/ 0168215960.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada BSMM daerah Tuaran atas inisiatif yang dilaksanakan bagi membantu Hospital Tuaran.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 507






