- JBS Sabah
- Hits: 437
PROGRAM MASYARAKAT PRIHATIN "KAMU ISTIMEWA" SANTUNI MASYARAKAT TERKESAN PANDEMIK

TUARAN, 23 Julai 2021 - BSMM Daerah Tuaran bersama dengan Pejabat Kementerian Belia dan Sukan Sabah Bahagian Pantai Barat, Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Pantai Barat, Majlis Belia Sabah dan Stesen Petronas Haja Marabahai telah menjayakan program Masyarakat Prihatin "Kamu Istimewa" yang diadakan pada 16 Julai 2021 & 23 Julai 2021 bertempat di Stesen Petronas Haja Marabahai Tuaran.
Program tersebut selaras dengan program bantuan bakul makanan dan bank makanan yang dijayakan oleh pihak Stesen Minyak Petronas Haja. BSMM Daerah Tuaran, KBSS Bahagian Pantai Barat dan PBSB Pantai Barat telah mengedarkan Covid19 Prevention Kit yang mengandungi pelitup separuh muka, hand sanitizer dan risalah tatacara mencuci tangan dan menggunakan pelitup separuh muka dengan betul, selain promosi program vaksinasi Covid19 Kebangsaan.
Program turut diserikan dengan penyampaian sumbangan kepada Persatuan Orang Buta Sabah, Food Panda Riders dan Ngungcass Riders. Hadir dalam program tersebut, Kevin Lo, Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran, Elridge Baxter Jilan, Pegawai KBSS Bahagian Pantai Barat, Hamzah Md. Tahir, wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dan pengurusan stesen Haja Petronas Marabahai Tuaran.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 437





