TUARAN, 9 Julai 2021 - Sukarelawan Anak Muda Tuaran sentiasa bersiap sedia bekerjasama dengan pelbagai agensi/ NGO di daerah ini dalam misi memberi bantuan kepada golongan terjejas pandemik Covid19. Terdahulu, Sukarelawan Anak Muda Tuaran telah membantu Ikon Perpaduan Negara, Puan Dolly Wong untuk menyampaikan sumbangan berbentuk keperluan asas kepada keluarga yang terkesan di Kampung Desa Sri Taman dan Tambalang Laut hari ini. Wakil Sukarelawan Anak Muda Tuaran, Kasmir Bin Matdin berkata, mereka akan terus komited membantu mempermudahkan semua pihak yang memerlukan khidmat mereka bagi membantu semua golongan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19 terutama di daerah Tuaran. "Terima kasih Puan Dolly Wong atas sumbangan yang telah disampaikan. Diharap bantuan yang diberikan tersebut dapat meringankan bebanan golongan yang terjejas ini". Ujar Kasmir. Misi bantuan tersebut turut dihadiri oleh JPKK, Ketua Kampung dan ahli-ahli Sukarelawan Anak Muda Tuaran, Saidun Jailani, Mohd. Rafizal Sijil dan Mohamad Afizuddin Akmal Amir. Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha murni Skuad Sukarelawan Anak Muda Tuaran bersama penyumbang dan berharap agar lebih banyak badan-badan ngo dan korporat tampil membantu golongan terjejas ini. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 593
