
KOTA KINABALU, 11 Ogos 2021 - Seramai 17 orang Sukarelawan Bukan Kesihatan (Malaysia Vaccine Support Volunteer) Bahagian Pantai Barat di bawah Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) terus komited membantu kelancaran proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) IPT bertempat di Universiti Malaysia Sabah.
Program vaksinasi yang memasuki minggu ke-6 telah merekodkan lebih 48,000 penerima vaksin berdaftar merangkumi masyarakat berumur 18 tahun ke atas, warga emas dan OKU sejak pasukan MyVac ini mula bertugas.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada semua sukarelawan MyVac PPV IPT UMS yang diketuai oleh Cik Nur Fadilah Mohamad dalam misi membantu melancarkan proses vaksinasi di PPV tersebut.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 355








