TUARAN, 27 Jun 2021 - BSMM daerah Tuaran dengan kerjasama KBSS Bahagian Pantai Barat, Majlis Belia Sabah, Majlis Perkhidmatan Masyarakat Sabah, Unit Tabung Darah Hospital Tuaran, Yu Huang Temple Tuaran, Ling San Temple Tuaran dan JPKK/ KK Kg. Dungun Bawang Sarayo telah menganjurkan kempen menderma darah hari ini di Balai Muhhibah Kg. Dungun Bawang Sarayo. Setiausaha Kehormat BSMM daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Kevin Lo berkata, seramai 53 orang telah mendaftar sebagai penderma tetapi hanya 37 orang sahaja yang layak dengan jumlah 37 pints darah terkumpul meliputi darah jenis O, A, B dan AB. "Kami akan terus pergiatkan kempen menderma darah ini bagi membantu Unit Tabung Darah Hospital Tuaran". Jelas Kevin. Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha BSMM Tuaran dan berharap agar lebih ramai masyarakat prihatin menyokong program ini di masa-masa akan datang. Oleh: Hamzah Md. Tahir PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 434
