
RANAU, 6 Jun 2021 - Sukarelawan Bukan Kesihatan (MyVAC) terus membantu melancarkan proses vaksinasi di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Ranau yang bertempat di Dewan Masyarakat Ranau hari ini.
Seramai 504 orang penerima vaksin berdaftar dari kalangan warga emas dan orang kurang upaya (OKU) akan menerima suntikan vaksin dose pertama yang memasuki hari kedua hari ini.
Turut hadir membantu di PPV Ranau, Encik Andy Suhardy bin Sarbini, Pegawai Penyelaras Sukarelawan MyVAC Bahagian Pantai Barat dan Encik Hamzah Md. Tahir, mewakili Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 463




