
KENINGAU, 28 April 2021 – Pelbagai agensi berganding bahu dalam melaksanakan Program Info On Wheels – Program Outreach Bersepadu Kempen Imunisasi Covid-19 Daerah Keningau. Program ini adalah hasil kerjasama Pejabat Penerangan Keningau, Pejabat Kesihatan Keningau, AADK Keningau, UPPM N.45 Sook dan Sukarelawan Rakan Muda Keningau.
Pada siri kali ini, ia diadakan di Balairaya Kg. Binuou Laut, Sook yang melibatkan 5 buah kampung disekitarnya. Antara lain aktiviti yang dijalankan adalah seperti dialog, edaran risalah dan pendaftaran imunisasi. Puan Jovanna Juanis, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau berharap dengan bantuan daripada Sukarelawan Rakan Muda dapat membantu kempen ini disebar dengan lebih meluas lagi.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 424





