
KOTA KINABALU, 20 April 2021 - Sebanyak 50 set bakul makanan basah sumbangan Syarikat Jetsin Sdn. Bhd. telah disampaikan oleh Team Sukarelawan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS) kepada staf, warden, pekerja sekolah dan Pengawal Keselamatan SMA Kota Kinabalu yang dikuarantin pada hari ini.
Pengerusi Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah, Mohd Taufik Ismail berkata, selaku penganjur mereka akan terus komited membantu semua golongan sasar yang terjejas akibat pandemik Covid-19.
"Diharap bantuan yang diberikan dapat meringankan bebanan golongan yang terjejas ini. Semoga semua cekal dan tabah dalam melawan virus ini dalam keadaan mencabar bulan Ramadhan ini". Ujar Taufik.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada usaha murni berterusan Skuad KPS dan berharap agar lebih banyak badan-badan ngo dan korporat tampil membantu golongan terjejas ini.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 354








