- JBS Sabah
- Hits: 441
KELAB BELIA TUAVON OPTIMIS LAKSANA GAYA HIDUP SIHAT SELEPAS TEMPOH SUKAR PANDEMIK COVID19

PENAMPANG, 26 April 2021 - Kelab Belia Kg. Tuavon telah mengadakan aktiviti bermain bola sepak dan gotong-royong membersihkan padang bola sepak Kg.Tuavon bersama masyarakat kampung pada baru-baru ini.
Dalam satu kenyataan ringkas oleh Pengerusi Kelab Belia Tuavon, Aron Ligadu berkata, objektif mereka membersihkan padang tersebut untuk menggalakkan aktiviti gaya hidup sihat di kalangan penduduk kampung terutamanya kaum belia yg ada di Tuavon seperti aktiviti bolasepak, bola tampar dan sepak takraw.
"Terdapat juga beberapa golongan belia yang berminat dengan permainan Frisbee. Sehubungan dengan itu, Kelab Belia Tuavon ingin menganjurkan beberapa pertandingan seperti bola sepak, bola tampar, sukan tradisi dan pertandingan Orang Kuat Tuavon dalam masa yang terdekat. Walaupun kita masih belum menang melawan Covid19, kita akan laksanakan aktiviti berdasarkan pada SOP yang dikuatkuasakan oleh pihak berkuasa tempatan". Jelas Aron.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah atas inisiatif Kelab Belia Tuavon. Semoga semua aktiviti yang dirancang dapat dilaksanakan dengan jayanya.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 441







