- JBS Sabah
- Hits: 382
JIYZ GYM & DANCE FITNESS SAMBUT BAIK PEMANTAUAN PATUH SOP SEKTOR SUKAN DAN REKREASI

KOTA KINABALU, 17 April 2021 - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat telah melakukan pemantauan dan advokasi pematuhan SOP Premis sukan dan rekreasi di Jiyz Gym & Dance Fitness hari ini.
Dalam satu kenyataan ringkas oleh Pengurus premis berkenaan, Sewi Dewi Malusin berkata, pihak mereka menjalankan SOP yang ketat seperti yang telah digariskan oleh pihak kerajaan yang mana setiap pelanggan yang masuk dikehendaki memakai pelitup separuh muka, memeriksa suhu badan terlebih dahulu dan disusuli mengimbas QR Code mysejahtera, mencatat buku kedatangan serta membasuh tangan menggunakan hand sanitizer disediakan serta mematuhi penjarakkan fizikal.
Berdasarkan pemerhatian terhadap pematuhan tersebut, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mewakili Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah telah menyerahkan Sijil Lulus Patuh SOP yang disampaikan oleh Puan Norhayati Tasif mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 382








