KENINGAU, 14 April 2021 – Satu Mesyuarat Pasukan Khas Imunisasi Covid-19 (CITF) Daerah Keningau Kali Ke-2 telah diadakan bertempat di Bilik Mesyuarat Pampang, Majlis Daerah Keningau. Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pegawai Daerah Keningau, YBhg. Encik Hassan Mahali dihadiri pelbagai agensi kerajaan negeri dan persekutuan termasuk Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau.
Antara intipati mesyuarat termasuklah perbincangan mengenai tarikh pembukaan pusat vaksinasi serta penglibatan sukarelawan dikalangan agensi kesihatan dan bukan kesihatan. Puan Jovanna Juanis, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau memaklumkan pihak PBSB sentiasa peka dalam penyediaan sukarelawan jika diperlukan kelak melalui program Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVAC).
TUARAN, 13 April 2021 - Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran dengan kerjasama Unit Tabung Darah Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Likas, Majlis Belia Sabah, JPKK Kg. Mangkaladoi dan JPKK Kg. Rambai telah menganjurkan Program Menderma Darah bertempat di Rumah JPKK Kg. Mangkaladoi baru-baru ini.
Menurut kenyataan Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran merangkap Naib Presiden Majlis Belia Sabah, Kevin Lo, seramai 23 orang telah mendaftar sebagai penderma tetapi hanya 14 orang penderma sahaja berjaya menderma darah dengan kutipan sebanyak 14 pints meliputi darah jenis O, A, B dan AB.
Kevin juga berharap agar lebih ramai lagi masyarakat setempat menyokong program menderma darah di masa-masa akan datang.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada BSMM Tuaran dan semua pihak/ peserta terlibat menjayakan program tersebut.
TAWAU, 13 April 2021 - Mesyuarat penyelarasan Sukarelawan Khidmat Sokongan Malaysia Vaccine Support Volunteers (MyVac) kepada Pegawai Negeri dan Bahagian di Negeri Sabah melalui aplikasi ZOOM MEETING telah diadakan hari ini.
Mesyuarat di pengerusikan oleh Puan Metchella Febrynna Metcha, Penolong Pengarah Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bertujuan untuk menerangkan secara lebih terperinci peranan dan tugas Sukarelawan MyVac dalam melaksanakan tugasan di lapangan dan ke siap siagaan daerah mengikut Pusat Pemberian Vaksin (PPV) yang dikenalpasti diperingkat bahagian masing-masing. Seramai 13 orang Pegawai Negeri dan Bahagian telah hadir sepanjang taklimat berlangsung pagi tadi.
Menurut Pegawai Belia dan Sukan, Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau Encik Syivero Patrick. Program MyVac anjuran Kementerian Belia dan Sukan Malaysia (KBS) ini adalah merupakan inisiatif menyeluruh kerajaan dan masyarakat atau whole-of-Society Approaches. Ia melibatkan pelbagai Kementerian dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) dalam memastikan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan (PICK) mampu dilaksanakan dengan berkesan.
Ujarnya lagi, MyVac disokong oleh COVID-19 Immunisation Task Force (CITF) serta Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dan Persatuan Bulan Sabit Malaysia (PBSM).
MANGGATAL, 13 April 2021 - Lawatan pemantauan ke atas premis kecergasan Fulliwa Hotbod Gym, Manggatal telah diadakan hari ini.
Pemantauan yang dilakukan oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir telah mendapati premis pusat kecergasan tersebut mengamalkan SOP seperti yang telah dkuatkuasakan oleh pihak MKN, KKM dan KBS.
Diakhir sesi pemantauan, premis tersebut telah diberikan Sijil Patuh SOP yang disampaikan oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
INANAM, 13 April 2021 - Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat telah selesai melakukan pemantauan dan advokasi pematuhan SOP Premis / Operator Sukan dan Rekreasi di Pusat Latihan Snuker & Billiard Sheffield, Inanam hari ini.
Premis yang beroperasi sebagai pusat snuker tersebut dikawal selia oleh Encik Kok Hon Keong. Dalam satu kenyataan ringkas, beliau berkata pihak mereka amat menitik beratkan aspek patuh SOP sebelum membuka semula operasi premis mereka.
Berdasarkan pemantauan patuh SOP ke atas premis tersebut, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian pantai Barat yang diwakili oleh Encik Hamzah Md. Tahir telah menyerahkan Sijil Lulus Patuh SOP kepada pusat snuker tersebut.
TAWAU, 12 April 2021 - Sempena kedatangan bulan yang mulia, sejajar dengan hasrat supaya anak-anak muda melazimi amalan sunnah khususnya dalam Bulan Ramadan Al Mubarak ini.
Justeru itu, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bersama Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau serta Kelab Belia GREAT Tawau akan melaksanakan Program Rakan Muda Tadarus Al - Quran Peringkat Negeri Sabah secara virtual atas talian menggunakan aplikasi ZOOM, sepanjang bulan Ramadan tahun ini.
Khazaruddin Kahar, Pegawai Unit Rakan Muda PBSB Tawau berkata, program Rakan Muda Tadarus Al-Quran ini akan bermula pada 7 Ramadan hingga 26 Ramadan 1442H bersamaan 19 April - 8 Mei 2021. Program ini adalah merupakan platform untuk anak-anak muda menyerlahkan bakat di samping meningkatkan amalan dan menghayati kelebihan Ramadan. Mari anak muda kita sama-sama hidupkan dan imarahkan bulan Ramadan Al Mubarak Tahun 1442H / 2021M.
Terdahulu Program Rakan Muda Hafazan dan Rakan Muda Fatihah telah selesai dilaksanakan bermula 8 April hingga 11 April 2021 yang lalu.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan jutaan terima kasih kepada Kelab Belia GREAT Tawau selaku Rakan Strategik yang banyak membantu menjayakan program aktiviti yang dijalankan oleh pihak Pejabat di Peringkat Banagian mahupun di Peringkat Negeri. Pejabat ini mempelawa dan mengalu-alukan penyertaan dari warga Belia Rakan Muda Bahagian Tawau terlibat sama menyertai program tersebut. Maklumat lanjut dan pengesahan penyertaan, sila isi borang yang disediakan ini: https://qrgo.page.link/qTwvD
Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Rakan Muda, JBS (P) Negeri Sabah 088 - 765777, PBSB Tawau 089-776680.
KENINGAU, 12 April 2021 – Bahagian Pembangunan Rakan Muda, Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah telah menganjurkan Program Rakan Muda Fatihah (Klinik AL-Fatihah) kepada peserta berumur 15-25 tahun di seluruh Sabah pada 8-12 April yang lepas melalui pautan Google Meet.
Sambutan yang menggalakkan ini terutama bagi anak muda di Bahagian Keningau menunjukkan program seumpama ini perlu diperbanyak pada masa akan datang. Guru pembimbing yang berpengalaman iaitu Ustaz Hafizzul Hisyam bin Rudianshah menyeru agar semua peserta sentiasa amalkan membaca Surah Al-Fatihah kerana ia merupakan rukun solat yang paling utama.
Encik Erzan Abdullah selaku Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau telah dilantik selaku urusetia bersama didalam program ini.
PUTATAN. 12 April 2021 - Program Rakan Muda Hafazan dan Rakan Muda Fatihah yang telah berlangsung pada 8 April hingga 11 April 2021 mendapat penyertaan yang sangat menggalakkan dari belia-belia seluruh Negeri Sabah.
Walaupun program ini diadakan secara virtual namun ianya tetap mendapat sambutan yang begitu meriah disamping mempersiapkan belia untuk menyambut bulan Ramadan al-Mubarak melalui pengisian aktiviti kerohanian semasa tempoh PKP ini. Semoga program ini memberi manfaat kepada belia dan mendapat pahala berlipat kali ganda.
KOTA KINABALU, 11 April 2021 - Sukarelawan Rakan Muda, 'Sports Bubble Volunteer' (RMSBV) Bahagian Pantai Barat telah menjalankan tugas memantau pematuhan SOP bagi penganjuran Pertandingan Badminton anjuran MAB/ Maswings di Olympia Badminton Arena, Inanam dan Kejohanan Petanque Double Open 2021 anjuran Persatuan Petanque Negeri Sabah di Politeknik Kota Kinabalu pada 10 -11 April 2021.
Seramai 3 orang sukarelawan bahagian Pantai Barat terdiri daripada Roger Romeo, Kevin Lo dan Nur Fadilah Mohamad terlibat di dalam pemantauan SOP penganjuran sukan tersebut.
Sukarelawan Sports Bubble telah memantau persediaan penganjur melaksanakan acara sukan dari segi pendaftaran peserta yang menggunakan aplikasi mysejahtera, penjarakan fizikal, penggunaan pelitup mula, penyediaan 'hand sanitizer' dan laluan keluar -masuk penonton yang dikawal oleh bahagian teknikal penganjur.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan bertugas dalam memastikan penganjur acara mengamalkan norma baharu.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262