KENINGAU, 11 April 2021 – Seramai 5 peserta Bahagian Keningau telah berjaya menyertai Program Rakan Muda Hafazan yang di anjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah bermula pada 8 April hingga 11 April yang lepas.
Program melalui pautan Google Meet ini dikendalikan oleh Ustaz Muhammad Hafiz bin Mahmud dan Ustaz Muhammad Nordin Tokan bin Kahar yang merupakan petugas di JAKIM Cawangan Tawau.
Encik Erzan Abdullah selaku Pegawai Unit Rakan Muda, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau telah dilantik selaku urusetia bersama didalam program ini memaklumkan agar program seumpama ini perlu teruskan terutama dalam mengimarahkan kedatangan Bulan Ramadan.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 337






