- JBS Sabah
- Hits: 395
PENILAIAN AKHIR ANUGERAH PERDANA BELIA NEGARA PERINGKAT NEGERI SABAH 2021 – KATEGORI INDIVIDU
KOTA KINABALU, 31 Mac 2021 – Seramai 8 orang calon bagi kategori Individu Lelaki dan Wanita telah disenarai pendek bagi sesi penilaian akhir Anugerah Perdana Belia Negara (APBN) Peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2021.
Sesi penilaian akhir ini telah diadakan di Bilik Mesyuarat Utama, Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah melibatkan calon-calon yang mewakili Bahagian Pantai Barat, Tawau dan Beaufort. Johan setiap kategori ini akan mewakili negeri Sabah ke sesi penilaian akhir Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Kebangsaan bagi tahun 2021.
Bagi kategori individu lelaki dan wanita ini, panel penilaian diketuai oleh Encik Muadzad Shahrom Bin Muhasip, Pegawai Belia dan Sukan di Kementerian Belia dan Sukan Sabah, bersama-sama Prof. Madya Dr. Balan Rathakrishnan, Timbalan Dekan Fakulti Psikologi dan Pendidikan, Universiti Malaysia Sabah dan Puan Noorziean Binti Mohd Tairudin, Setiausaha Agung Majlis Belia Sabah.
Oleh :
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 395







