SEMPORNA, 25 Mac 2021 - Team Sukarelawan telah berkesempatan menyantuni para asnaf di bawah seliaan PERKALAS hari ini.
Menurut PERKALAS, beberapa keluarga telah diziarahi oleh sukarelawan sambil mengagihkan pek bantuan makanan asas. Bantuan sebegini diberikan setiap bulan kepada sasaran yang hidup sangat kekurangan.
Ujarnya lagi, Pek bantuan ini tidaklah banyak hanya mengandungi beras, minyak masak, gula dan barangan asas lain.Tujuannya sebagai bentuk rasa peduli kami terhadap kesempitan hidup yang mereka alami.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan syabas dan tahniah serta jutaan terima kasih kepada PERKALAS atas usaha murni yang dilakukan dan semoga golongan sasar ini diberi ketabahan menjalani ujiannya masing-masing dan berharap satu hari nanti mereka boleh keluar dari belenggu kemiskinan.
KOTA KINABALU, 24 Mac 2021 - Sekolah Integriti Kota Kinabalu menyahut cabaran untuk melaksanakan Program Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) apabila hadir ke Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat hari ini.
Pemimpin ARPRM bagi Sekolah Integriti Kota Kinabalu, Cikgu Atika Jalil hadir menyerahkan 10 borang permohonan baharu bagi kategori gangsa peserta sekolah berkenaan.
Pegawai Unit Pembangunan Rakan Muda Bahagian Pantai Barat, Encik Andy Suhardy Sarbini telah memberi taklimat ringkas kepada wakil pihak sekolah berkenaan dari segi keperluan aktiviti bagi memenuhi komponen ARPRM.
KOTA KINABALU, 24 Mac 2021 - Nurul Jannah Masran mewakili Badan Operasi ARPRM Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu telah ditauliahkan Anugerah Remaja Perdana Rakan Muda (ARPRM) Tahap Emas sempena Majlis Anugerah Perdana Belia Negara Tahun 2020 yang diadakan di Tun Sakaran Ballroom, Raia Hotel Kota Kinabalu.
Program ARPRM merupakan program bertaraf antarabangsa yang mengiktiraf remaja berumur 14 hingga 24 tahun dalam aktiviti yang menyumbang kepada pembentukan personaliti diri melalui 4 komponen aktiviti iaitu, Khidmat Masyarakat, Kemahiran, Rekreasi Fizikal dan Penjelajahan Lasak.
Beliau yang juga merupakan peserta tunggal bagi negeri Sabah mendapat pentauliahan tersebut berharap agar lebih ramai lagi remaja di luar sana untuk merebut peluang menggali potensi diri khususnya melalui program sebegini.
"Kita seharusnya lebih kreatif untuk mengekspresikan diri dan bakat kita melalui pelbagai platform yang ada dan paling penting untuk tidak mudah berputus asa bila cabaran melanda," jelas beliau.
Turut hadir sama di majlis berkenaan bagi meraikan kejayaan tersebut, barisan Majlis Tertinggi Persatuan Belia Inspirasi Kinabalu terdiri daripada Presiden, Effendee Khairul, Mentor Anugerah merangkap Timbalan Presiden, Nur Fadilah Mohamad dan Setiausaha Agung, Athirah Ahmad Zukhi.
KOTA KINABALU, 24 Mac 2021 – Program Kayuhan Santai Bersama YB Senator Wan Ahmad Fayshal Bin Wan Ahmad Kamal, Timbalan Menteri Belia dan Sukan Malaysia telah dilaksanakan hari ini bertempat di Tanjung Lipat, Kota Kinabalu, Sabah.
Program kayuhan santai dalam norma baharu ini menunjukkan bahawa peranan pemimpin dalam memupuk amalan gaya hidup sihat dilaksanakan dengan jayanya sekaligus dapat memperkasakan lagi kesedaran masyrakat dalam mematuhi SOP Sukan dan Rekreasi serta arahan kawalan pergerakan yang sedang berkuatkuasa. Dalam masyarakat meningkatkan amalan gaya hidup sihat, namun sentiasa pada patuh dengan SOP yang telah ditetapkan.
Turut hadir YB Andi Muhammad Suryady Haji Bandy, Pembantu Menteri Belia dan Sukan Sabah, YBhg. Tuan Sr. Haji Mohd Yusrie Abdullah, Setiausaha Tetap Kementerian Belia dan Sukan Sabah, dan YBhg. Encik Apui Jan, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah.
TAWAU, 24 Mac 2021 - PBSB Tawau telah selesai menjalankan penugasan pemantauan dan advokasi pematuhan SOP Premis sukan dan rekreasi di Delta Gym Tawau hari ini.
Pemantauan telah dilakukan oleh Pegawai SOP Sektor Sukan dan Rekreasi Bahagian Tawau, Encik Zayanidi Bin Abbas.
Coach Masdi Bakri, Penyelia Delta Gym berkata, pihaknya menjalankan SOP yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah, setiap pengguna masuk untuk menggunakan kemudahan gym, mereka akan memeriksa suhu badan terlebih dahulu dan mengimbas QR Code mysejahtera / catit buku kedatangan serta membasuh tangan menggunakan hand sanitizer yang disediakan dan mematuhi penjarakkan fizikal. Penggunaan pelitup muka penyelia bertugas sentiasa diambi perhatian selain penyediaan tatacara (SOP Dalaman) berkaitan pencegahan penularan covid-19.
Ujarnya lagi, Premis Gym ini beroperasi setiap Isnin hingga Sabtu, jam 3.00 petang hingga 10.00mlm. Penggiat dan pengemar aktiviti kecergasan dan gym sekitarnya bolehlah terus datang pada hari dan masa ditetapkan bertempat di Taman Megah 10, Jalan Apas Tawau.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau mengucapkan jutaan terima kasih atas kerjasama yang diberikan dan sangat berpuashati kemudahan serta ruang penggunaan yang luas dan selesa.
TAWAU, 24 Mac 2021 - PBSB Tawau telah selesai menjalankan penugasan pemantauan dan advokasi pematuhan SOP Premis sukan dan rekreasi di Super Gym & Fitness Univilla Tawau hari ini.
Menurut Coach Cindy Penyelia Gym & Fitness, pihaknya menjalankan SOP yang ketat seperti yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara Negeri Sabah dan KBS, setiap pengguna untuk menggunakan kemudahan tersebut, mereka akan memeriksa suhu badan terlebih dahulu dan mengimbas QR Code mysejahtera / catit buku kedatangan serta membasuh tangan menggunakan hand sanitizer yang disediakan dan mematuhi penjarakkan fizikal. Penggunaan pelitup muka penyelia bertugas sentiasa diambil perhatian dan dipakai setiap masa selain penyediaan tatacara (sop dalaman) berkaitan pencegahan penularan covid-19.
Pemantauan telah dilakukan oleh Pegawai pemantau SOP Sektor Sukan dan Rekreasi Bahagian Tawau, Encik Zayanidi Bin Abbas.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau mengucapkan jutaan terima kasih syabas dan tahniah kepada Pemilik Premis Super Gym & Fitness Mr Wong Yiuk Keung, atas kerjasama yang diberikan semasa pemantauan advokasi dijalankan dan sangat berpuashati kemudahan serta ruang penggunaan yang kemas dan teratur.
SEMPORNA, 23 Mac 2021 - Semalam Cikgu Salmia telah turun mengajar ke sekolah Alternatif Teluk Layan seperti biasa, iaitu memberi manfaat buat masyarakat. Minggu ini juga kita telah mendapat sumbangan bahan belajar iaitu buku daripada seorang insan yang mulia.
Berbantukan bahan belajar yang telah disumbangkan dari dana dan pemberian orang ramai, kita telah membantu anak-anak sekolah alternatif yang kebanyakkannya tercicir daripada pendidikan arus perdana. Melalui cara ini, kita telah menghidupkan roh kata-kata yang sering kita luncurkan iaitu dari mahasiswa kepada masyarakat dan dari masyarakat kepada masyarakat.
Matlamat akhir segala yang dilakukan ini adalah untuk memastikan semua anak-anak ini mendapat keperluan asas mereka, iaitu keperluan untuk tahu. Keperluan untuk berpendidikan. Pendidikan ini merupakan alat terakhir yang mereka perlukan sebagai seorang manusia untuk mengubah nasib mereka.
Bagi aktiviti pembelajaran semalam, anak-anak sekolah Alternatif Teluk Layan telah belajar mengenai sains awal buat kanak-kanak, mewarna, dan mengenal jenis haiwan (Kelas Usman Awang) dan bagi kelas A. Samad Said pula mereka mempelajari mengenai pembiakan bakteria.
Semua anak-anak gembira dalam menuntut ilmu. Semoga mereka dapat menjadi anak-anak yang berguna pada suatu hari kelak! Doakan.
KOTA KINABALU, 23 Mac 2021 - Saudara Mohammad Fauzi Bin Acho, Exco Hubungan Luar Kelab Belia GREAT Tawau terima Anugerah Khas Belia Sabah dan dinobatkan sebagai Pemenang Anugerah Emas Remaja Perdana Kebangsaan Sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah bertempat di Raia Hotel Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Majlis penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Alfred Angin.
Fauzi ketika dihubungi oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau melahirkan rasa bersyukur dan teruja serta berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah kerana mengiktiraf sumbang bakti dan peranan para Belia di Negeri Sabah khususnya di Bahagian Tawau.
Ujarnya lagi, adalah menjadi harapan dan semoga kejayaan ini menjadi titik tolak dan suntikan semangat kepada belia akar umbi di Negeri Sabah khususnya di Bahagian Tawau untuk terus gigih berbakti kepada masyarakat dan legasi kepimpinan Negara akan datang. InshaAllah
Sekalung penghargaan jutaan terima kasih kepada Pimpinan Kelab Belia GREAT Tawau serta Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan galakan serta panduan nasihat dalam merencana program aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab mahupun penglibatan bersama pihak KBS serta agensi-agensi jabatan yang lain di Bahagian Tawau. Katanya.
Hadir sama Setiausaha Tetap KBSS, Yang Berbahagia Tuan Haji Sr. Mohd Yusrie Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Apui Jan dan Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Ahmad Farid Bin Sainuri.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah buat Saudara Fauzi atas pencapaian yang sangat membanggakan ini serta mendoakan selamat maju jaya dengan cemerlang.
KOTA KINABALU, 23 Mac 2021 - Pengerusi Kelab Belia Tinagayan Semporna, Saudara Fazlan Bin Thomas dinobatkan Naib Juara Bagi Kategori Pemimpin Lelaki Sempena Majlis Penyampaian Anugerah Perdana Belia Negara Peringkat Negeri Sabah bertempat di Raia Hotel Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Fazlan ketika dihubungi oleh pihak Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau melahirkan rasa teruja dan bersyukur serta berterima kasih kepada Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah kerana mengiktiraf peranan khidmat bakti sumbangan para Belia di Negeri Sabah khususnya di Bahagian Tawau.
Ujarnya lagi, ini adalah merupakan percubaan ketiga bagi saya untuk menghantar pencalonan mewakili Bahagian Tawau dan pada tahun 2020, adalah merupakan tahun bertuah serta peluang kepada saya untuk dinobatkan Naib Juara APBN Negeri Sabah 2020. Hadiah ini juga khusus buat arwah ibu yang selalu memberi galakan serta sokongan dalam gerak kerja misi kemasyarakatan dan kemanusiaan saya sama ada di dalam Negeri Sabah, Peringkat Nasional mahupun program-program bertaraf antarabangsa. Buat semua ahli Kelab Belia Tinagayan Semporna, ini hadiah untuk kita dan jangan jadikan alasan kita Kelab Tunggal dan tidak mempunyai ramai keahlian untuk tidak boleh melakukan dan mampu bersaing dengan Persatuan dan Ngo yang hebat diluar sana.
Sekalung penghargaan jutaan terima kasih juga buat pegawai-pegawai Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau yang sentiasa memberikan sokongan, dorongan dan galakan serta panduan nasihat dalam merencana program aktiviti yang dianjurkan oleh Kelab mahupun penglibatan bersama pihak KBS serta agensi-agensi jabatan yang lain di Bahagian Tawau. Katanya.
Majlis penyampaian Anugerah telah disempurnakan oleh Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB Datuk Ellron Alfred Angin.
Hadir sama Setiausaha Tetap KBSS, Yang Berbahagia Tuan Haji Sr. Mohd Yusrie Bin Abdullah, Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (P) Negeri Sabah, Encik Apui Jan dan Presiden Majlis Belia Sabah, Encik Ahmad Farid Bin Sainuri.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah buat Saudara Fazlan atas pencapaian yang sangat membanggakan ini serta mendoakan selamat maju jaya dengan cemerlang dalam semua kerja dilapangan.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262