
TUARAN, 19 Mac 2021- Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran (BSMM) terus komited melaksanakan misi membantu komuniti setempat mahupun agensi kerajaan apabila telah membantu pihak PKOB Daerah Tuaran mengedarkan 1000 pek bakul makanan 2.0 di daerah Tamparuli, Kiulu dan Tuaran baru-baru ini.
Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran, Kevin Lo berkata, mereka membantu dari segi logistik dengan menyediakan sebuah lori dan tenaga sukarelawan seramai 9 orang.
Turut menyertai aktiviti tersebut, anggota daripada Angkatan Relawan Rakyat Malaysia (RELA) dan Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM).
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah atas sumbangan BSMM Daerah Tuaran dalam membantu agensi menjayakan program tersebut.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 442




