- JBS Sabah
- Hits: 361
PESKAT DAN KBiT IKRAR KOMITED BANTU LAKSANA PROGRAM PEMBANGUNAN SUKAN BAHAGIAN PANTAI BARAT
KOTA KINABALU, 19 Mac 2021 - Pengerusi Persatuan Kecergasan Daerah Tuaran (PESKAT) dan Kelab Badminton Impian Tenghilan (KBiT), Albert Joseph berikrar untuk terus komited membantu dari segi pelaksanaan program-program sukan dan kecergasan di Bahagian Pantai Barat.
Albert hadir ke Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat hari ini menghantar dokumen Maklumat Yang Kena Diberi (MYKB) PESKAT dan KBiT berkata, sepanjang tempoh pandemik Covid19 persatuan tidak dapat melaksanakan aktiviti kerana patuh dengan SOP.
"Apabila sektor sukan dan rekreasi mula dbuka secara berperingkat oleh MKN, kami bercadang untuk menganjurkan beberapa program dalam skala kecil dengan mematuhi SOP ketat dan dalam masa yang sama bersedia membantu Jabatan Belia dan Sukan / Kementerian Belia dan Sukan Sabah dalam apa-apa program yang dijalankan". Jelas beliau.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Presiden PESKAT & KBiT atas usaha komited menyiapakan MYKB dan juga program-program yang telah dirancang.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 361





