
TAWAU, 14 Mac 2021 - Team Sukarelawan PERKALAS telah berkesempatan menyantuni dan menyerahkan bakul makanan kepada golongan yang amat memerlukan sekitar Tawau hari ini.
Menurut wakil PERKALAS, Saudara Abdul Kahar, "Di dalam rezeki mu ada rezeki untuk orang lain " konsep ini sangat penting untuk dititik beratkan dalam kehidupan harian kita. Nasib setiap anak Adam itu berbeza-beza yang pasti setiap dari kita mempunyai takaran rezeki masing-masing yang Allah telah tentukan.
Ujarnya lagi, jangan lupa untuk selalu menjemput rezeki adalah dengan bersedekah serta menjaga amanah. Bersamalah kita membantu dan menghulur bantuan ringankan beban kepada golongan masyarakat yang memerlukan mengikut kemampuan masing-masing.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menghargai jasa bakti Team PERKALAS yang telah lakukan ini. Semoga beroleh rahmat serta kebaikan.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 513





