TAWAU, 10 Mac 2021 - Alhamdulillah, Ramadhan al Mubarak akan hadir lagi bersama seribu harapan dan keinsafan buat semua Insan lebih-lebih lagi berlaku dalam musibah yang harus kita depani.
Saudara Alex Dennis, Setiausaha Kerja Malaysian Relief Agency (MRA) Sabah diTawau dengan segala rendah hati, ingin mengajak semua rakyat Malaysia meraikan bulan yang mulia ini bersama-sama mereka yang memerlukan.
Justeru itu, Marilah bersama kami menghayati nikmat Ramadan yang ke sekian kalinya dengan menginfaqkan sedikit sumbangan bagi menjamu mereka dengan sedikit juadah makan berbuka puasa dan pek makanan untuk keluarga sepanjang bulan yang mulia ini.
Ujarnya lagi, Santuni dan berbahagi rezeki anda bersama mereka dengan rahmah dan nilai kemanusiaan sejagat. Semoga sumbangan anda memberi sinar baru dalam menyambut Ramadhan dan Syawal kali ini.
Sebarang maklumat lanjut hubungi di talian 013-337 3316 atau emailkan kepada
Malaysian Relief Agency (Sabah)
560241 021056 (Maybank)
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyambut baik usaha yang sangat mulia dan menyeru serta mengalu-alukan masyarakat yang perihatin dan penyayang diluar sana untuk kita sama-sama melakukan ibadah yang sangat murni menjelang Ramadan ini.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 505





