- JBS Sabah
- Hits: 338
AGIHAN MISI BABYBOX 3.0 (FASA 2)

TAWAU, 6 Mac 2021 - Team GREAT Tawau telah berkesempatan menyantuni dan menyerahkan agihan Sumbangan Misi Babybox 3.0 (Fasa 2) kepada penerima-penerima yang layak. Antara barang keperluan yang diagihkan adalah susu formula dan lampin pakai buang.
Saudara Mohd Syahnidzam Ahmad, Pengerusi Kelab Belia GREAT Tawau berkata, agihan fasa 2 kali ini melibatkan seramai 15 keluarga bersamaan 20 bayi. Lebihan daripada duit kutipan sumbangan Misi Babybox telah digunakan untuk misi ini.
Pihak GREAT juga ingin mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada para penyumbang yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam misi kali ini. Semoga sumbangan anda dapat meringankan beban yang ditanggung oleh mereka.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada semua yang terlibat menjayakan misi babybox ini, semoga beroleh keberkatan rahmat ilahi.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 338






