
KOTA KINABALU, 11 Mac 2021 – Encik Mohamad Mazlan Bin Hj. Anis, Timbalan Pengarah Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengetuai satu perbincangan mengenai sesi temuduga bagi pemohon Skim Perantisan Nasional (SPN) secara atas talian dan bersemuka bersama pihak PERKESO Negeri Sabah.
Perbincangan ini bertujuan untuk membincangkan penetapan tarikh dan tempat bagi sesi temuduga atas talian dan bersemuka antara majikan dan pemohon SPN bagi negeri Sabah. Dianggarkan sebanyak 14 majikan akan terlibat dalam sesi temuduga ini yang melibatkan penyertaan pemohon dari daerah Kota Kinabalu, Putatan, Papar, Penampang dan kawasan sekitarnya yang berada dalam zon PKPP.
Selain itu, turut dibincangkan adalah berkaitan Standard Operation Procedure (SOP) yang telah ditetapkan oleh pihak Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Sabah bagi menjalankan sesi temuduga tersebut. Dijangka selepas ini pihak PERKESO Negeri Sabah dengan kerjasama JBS Sabah akan mengadakan siri jelajah temuduga SPN ke seluruh bahagian di negeri Sabah.
Pihak PERKESO Negeri Sabah diwakili oleh Encik Awg. Mohd Fadzlan Mohidin, Encik Khairul Karnawi, Puan Arnelia Peninsus dan Puan Jamnah Jamrang.
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 514







