- JBS Sabah
- Hits: 460
PERBINCANGAN PENUBUHAN JAWATANKUASA BERTINDAK PEMBANGUNAN BELIA DAN SUKAN NEGERI SABAH

KOTA KINABALU, 16 Mac 2021 – Satu perbincangan mengenai penubuhan Jawatankuasa Bertindak Pembangunan Belia dan Sukan Negeri Sabah bersama Menteri Belia dan Sukan Sabah, YB datuk Ellron Alfred Angin telah diadakan bertempat di Kementerian Belia dan Sukan Sabah.
Perbincangan ini lebih menjurus kepada persediaan untuk mengadakan mesyuarat pertama penubuhan jawatankuasa ini yang akan melibatkan Kementerian Belia dan Sukan Sabah dan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah serta agensi-agensi kerajaan lain yang boleh membantu kepada pembangunan belia dan sukan di negeri Sabah.
Selain itu, YB Datuk Ellron juga menyatakan pendirian beliau agar kedua-dua KBSS dan JBS serta agensi yang berkaitan dapat bersama-sama dalam membangunkan belia dan sukan di negeri ini.
Rombongan Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah diketuai oleh Timbalan Pengarah, Encik Mohamad Mazlan Bin Hj. Anis
Oleh:
Mohamad Safwan Bin Ibrahim
JBSN Sabah
- JBS Sabah
- Hits: 460





