- JBS Sabah
- Hits: 317
GREAT FOTOGENIK TAWAU
TAWAU, 12 Mac 2021 - GREAT kongsikan untuk yang bercadang nak bershopping puas-puas di Tawau, sila buka langkah anda untuk ke Pasar Tanjung Tawau kerana di sini terdapat 6,000 gerai yang menjual bermacam-macam produk lokal / tempatan.
Saudara Mohd Syahnidzam Ahmad, Pengerusi Kelab Belia GREAT Tawau berkata, dengan jumlah gerai yang sebegitu banyak, bangunan pasar yang siap dibina pada tahun 1999 ini telah terpilih sebagai pasar tertutup yang terbesar di seantero Malaya.
Ujarnya lagi, apa yang anda nak beli? Sayur? Hasil laut kering? Batik? Peralatan dapur? Buah? Kuih-muih? dan macam-macam lagilah, mustahil untuk anda kecewa dengan pilihan yang ada. Banyak juga barangan yang didatangkan dari Indonesia diniagakan di sini. Harganya pun, tersangatlah murah. Kualiti makanan segarnya? Sangat fresh!
https://www.maisinggah.com/tempat-menarik-di-tawau/
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 317




