- JBS Sabah
- Hits: 2499
KELAB SUKAN YANG BAHARU SAMBUT BAIK TUTORIAL ATAS TALIAN PENDAFTARAN BADAN SUKAN
TAWAU, 17 Mac 2021 - Kelab Sukan yang baharu dan dalam proses pendaftaran menyambut baik usaha Pejabat Pesuruhjaya Sukan Sabah hari ini.
Menurut Pejabat Pesuruhjaya Sukan Sabah, Puan Siti Zahreen, Tutorial ini akan dijalankan melalui atas talian menggunakan aplikasi GOOGLE MEET, pada setiap hari Khamis bermula jam10pagi hingga 12.00 tengahari.
Ujarnya lagi, Sasaran Peserta adalah terhad untuk seorang pemohon bagi setiap sesi iaitu SETIAUSAHA sahaja. Pemohon dalam proses bedaftar di Sistem eROSA dan Permohonan Pendaftaran yang telah dikuiri dan Tutorial ini khas untuk Badan Sukan di Negeri Sabah.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau merakamkan penghargaan syabas dan tahniah kepada Pejabat Pesuruhjaya Sukan Sabah atas inisiatif ini serta menyeru dan mempelawa sahabat-sahabat Badan Sukan yang baharu atau dalam proses penubuhan semua peringkat di Bahagian Tawau turut serta ambil bahagian, sekiranya berminat bolehlah membuat pengesahan kehadiran untuk slot ini melalui emel;
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 2499






