- JBS Sabah
- Hits: 581
PBSB TAWAU UCAP TAHNIAH LEE ZII JIA - JUARA PERSEORANGAN LELAKI BWF ALL ENGLAND 2021
TAWAU, 21 Mac 2021 - Team PBSB Tawau telah berkesempatan menyaksikan perlawanan akhir kejohanan badminton terbuka Seluruh England (All-England) 2021 di antara pemain negara kita, Lee Zii Jia menentang pemain No.2 Dunia dari Denmark, Viktor Axelsen malam ini.
Disebalik perlawanan yang penuh sengit dan mendebarkan ini, telah terpamer semangat kesukanan serta motivasi tinggi berkelas dunia oleh pemain perseorangan lelaki No. 1 Negara kita sebentar tadi.
Permainan hebat mereka sebentar tadi telah mengimbau kembali kepada kehebatan perlawanan yang sengit di antara 2 pemain badminton legenda, Yang Yang menentang Morten Frost Hansen, suatu ketika dahulu.
Permainan yang cemerlang dan penuh strategi yang dipamerkan Lee Zii Jia tadi telah memberikan gambaran positif yang beliau juga mampu menempa nama sebagai pemain legenda yang akan mengharumkan negara berulang kali lagi kelak pada masa hadapan.
Tidak mustahil suatu hari nanti, Lee Zii Jia, akan menjejaki legasi untuk menjadi pemain legenda negara seperti Datuk M. Misbun M. Sidek, Dato' Lee Chong Wei dan legenda wira negara yang lain-lain lagi.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau serta Pimpinan Badan Sukan dan Warga Seluruh Bahagian Tawau, Sabah merakamkan sekalung penghargaan syabas dan tahniah buat Lee Zii Jia, semoga terus maju jaya dan anda adalah Wira Negara.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 581







