
TAWAU, 26 Mac 2021- Alhamdulillah beberapa kerja utama telah disiapkan hari ini. Ada yang bertugas memasang tiang utama untuk sokongan dinding dan atap, ada yang membersihkan semak samun di sekitar tapak binaan, ada sukarelawan PERKALAS yang ditugaskan mengecat setiap tiang dengan minyak hitam untuk mengelak anai-anai dan satu team lagi ditugaskan untuk membeli papan untuk dinding.
PERKALAS berkata, harapan dan mendoakan semoga cuaca esok tidak hujan agar kerja-kerja pertukangan seterusnya berjalan lancar. Ini merupakan pengalaman pertama sukarelawan membina pondok syurga di atas bongkahan batu. Sangat besar ujiannya.
Bersamalah kita mendoakan semoga kehidupan makcik ini semtiasa dalam rahmat keberkatan ilahi dan keluar dari hidup kesusahan.InshaAllah
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 541







