- JBS Sabah
- Hits: 777
MIMBAR SURAU BERASASKAN KAYU JATI

SEMPORNA, 29 Mac 2021 - Alhamdulillah setelah tiga bulan menanti akhirnya mimbar yang diperbuat daripada kayu jati untuk salah sebuah surau yang dibaik pulih pada Disember 2020 lalu telah tiba hari ini.
Menurut PERKALAS, ianya mengambil masa lama untuk menyiapkan tempahan kerana mimbar ini ditempah khas daripada Indonesia melalui syarikat perabot Seri Jati di Tawau.
Ujarnya lagi, PERKALAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua Team sukarelawan yang menguruskannya sehingga boleh sampai dengan selamat di surau ini. Kami juga merakamkan setinggi penghargaan kepada para hamba Allah yang menyumbang untuk baik pulih surau termasuk yang menyumbang untuk menyediakan mimbar ini.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyanjung tinggi menghargai jasa yang dilakukan ini, Semoga Allah sentiasa merahmati kita semua dalam usaha kecil ini. InshaAllah
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 777







