KOTA KINABALU, 1 April 2021 - "Mohon doa rakan-rakan, semoga misi ini diredhai Allah, selamat pergi dan kembali, dan saling menghubung silaturahim". Antara perbualan Hayati Rahman, Exco CSR Mycorp Alumni Sabah bersama wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat hari ini.
Menurut Hayati, Misi Jelajah Kasih 3.0 Pulau Mantanani, Kota Belud tersebut bermula 2 - 4 April 2021. Aktivitis dan sukarelawan dari pelbagai NGO dan agensi bakal menyantuni penduduk Pulau Mantanani.
"Bantuan dalam bentuk sumbangan pek makanan asas dan ayam mentah, CSR dan wakaf peralatan masjid dan surau, kit alat tulis dan facemask, Peralatan pengurusan jenazah, susu bayi dan pampers, bahan bacaan, dan pakaian terpakai". Jelas beliau.
Misi tersebut akan disertai oleh 40 orang wakil dari pelbagai NGO dan agensi iaitu Sabah Bangkit X Selangor Youth Community (SAY), Pertubuhan Amanah Hawi Alkhairat (HAK) Malaysia (Caw. Sabah), Pertubuhan Ikram Sabah, Sahabat Amal Care (SACSabah), Persatuan Wanita Impian Negeri Sabah (WINS), D'bayu Project x MyCorps Alumni, Persatuan Gerak Amal Sabah (PERGASA), Hunger Hurts Malaysia (HHM), Tarbiyatun Nisa (TN), Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS).
Menurut Hayati lagi, program tersebut turut mendapat kerjasama daripada Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (JHAEINS), Masjid Negeri Sabah (MNS)
Puspanita, Pusat Islam, Persatuan Alumni dan Unit CSR Politeknik Kota Kinabalu, Ekuinas, Kelab Belia Tinagayan – KeBaT, Jetsin Sdn Bhd dan MBSB Bank.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat turut mendoakan keselamatan semua NGO yang terlibat dalam misi tersebut.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 376







