
TUARAN, 6 April 2021- Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran (BSMM) menyokong program vaksinasi Covid-19 Kebangsaan sebagai salah satu program kemasyarakatan apabila seramai 12 orang sukarelawan petugas barisan hadapan BSMM Daerah Tuaran telah melengkapkan dos kedua vaksinasi yang diadakan di Dewan Seri Sulaman, Tuaran hari ini.
Menurut Setiausaha Kehormat BSMM Daerah Tuaran, Kevin Lo, ianya merupakan salah satu langkah kerajaan bagi mempromosikan program vaksinasi kepada masyarakat.
"Sebagai petugas barisan hadapan kami bertanggungjawab untuk menyahut seruan kerajaan utk mendapatkan dan melengkapkan dos vaksinasi kami untuk membuktikan vaksin adalah selamat untuk semua". Jelas Kevin.
Kevin juga menyarankan kepada semua masyarakat di daerah Tuaran yang berumur 18 tahun ke atas untuk mendaftarkan diri dan ahli keluarga bagi bersama-sama menyokong program vaksinasi ini demi memutuskan rantaian penularan pandemik Covid-19 ini.
"Janganlah takut untuk mengambil vaksin, sebab kajian telah membuktikan vaksin ini selamat dan kami pun selamat setelah menerima vaksin ini". Ujar beliau lagi.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada BSMM daerah Tuaran yang merupakan petugas barisan hadapan bagi program vaksinasi di Tuaran.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 599






