BEAUFORT, 7 April 2021 - Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Beaufort turut hadir berkerjasama dalam menyelaras dan menyelia penugasan sukarelawan bukan kesihatan di pusat pemberian vaksin seluruh daerah Beaufort.
Mesyuarat telah dipengerusikan oleh Ybrs. Encik Abdul bin Imam Basirun, Pegawai daerah Beaufort. Seterusnya, taklimat Myvac telah disampaikan oleh Ybrs. Puan Nyuk Yin Tseu, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Beaufort.
TUARAN, 7 April 2021 - Bulan Sabit Merah Malaysia Daerah Tuaran menerima sijil penghargaan daripada pihak Hospital Tuaran di atas sumbangan sepanjang pengoperasian pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah Covid-19 bermula 8 Oktober 2020 sehingga 6 April 2021.
Majlis penyampaian anugerah tersebut telah diadakan di Auditorium INTAN Kampus Sabah sempena majlis penutupan dan penyerahan pusat kuarantin dan rawatan Covid-19 (PKRC) daerah Tuaran pada 6 April 2021.
Majlis penutupan dan penyerahan telah dirasmikan oleh Penolong Pegawai Daerah Kecil Tamparuli, Encik Herman Tunggiging mewakili Pegawai Daerah Tuaran yang turut dihadiri oleh Dr G.Mohan A/L A.Gopal Naidu, Pengarah Hospital Tuaran dan Pengarah INTAN Kampus Sabah.
BSMM Daerah Tuaran yang diwakili oleh Setiausaha Kehormat, Kevin Lo berkata BSMM Daerah Tuaran telah memberikan perkhidmatan dan telah menjadi salah satu ahli pasukan yang penting berdepan dengan pandemik Covid-19 di daerah Tuaran sekaligus menjadi kebanggaan kepada BSMM sendiri.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada BSMM Tuaran atas pengiktirafan tersebut.
PUTATAN. 7 April 2021. Unit Pembangunan Gaya Hidup, Bahagian Pembangunan Rakan Muda Jabatan Belia dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah telah mengadakan perbincangan akhir persiapan Program Rakan Muda Ramadan peringkat Negeri Sabah bagi tahun 2021.
Perbincangan ini pengerusikan oleh Puan Siti Norwinah binti Narawi bersama Encik Mohammad Hafiz bin Abd Halim dan Encik Erzan bin Abdullah, Pegawai Rakan Muda Pejabat Belia dan Sukan (Persekutuan) Bahagian Keningau.
Agenda perbincangan adalah berkaitan persiapan akhir program mengikut senarai semak yang telah ditetapkan. Platform digital ini juga memberi peluang untuk urus setia mengenal pasti status persiapan dan langkah ke arah pelaksanaan program yang lebih lancar dan teratur.
Semoga program yang telah dirancang ini akan berjaya mencapai sasaran disamping dapat mengimarahkan dan mendapat pahala yang berlipat ganda di bulan ramadan yang mulia.
TUARAN, 7 April 2021 - PPIM Perhubungan Daerah Tuaran bersama-sama PEWANIS PPD Tuaran telah menyerahkan sumbangan berbentuk pakaian, sejadah, tudung dan buku kepada anak-anak penghuni Tarbiyatun Nisa Tuaran yang bertempat di Kg. Bundung, Tuaran baru-baru ini.
Penghuni Tarbiyatun Nisa tersebut terdiri daripada pelajar-pelajar perempuan daripada pelbagai daerah.
Penyerahan sumbangan tersebut telah disempurnakan oleh Puan Hjh. Wanihim binti Othman, Pegawai Pendidikan Daerah Tuaran merangkap Pengerusi Bersama PPIM Perhubungan Daeeah Tuaran dan juga Pengerusi PEWANIS daerah Tuaran.
Turut hadir dalam penyerahan tersebut, Pengerusi PPIM Tuaran, Setiausaha PPIM Tuaran, guru-guru pemimpin PPIM Tuaran dan ahli-ahli PEWANIS.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan, syabas dan ucapan terima kasih kepada PPIM Tuaran bersama semua penyumbang yang telah menjayakan misi tersebut.
PENAMPANG, 7 April 2021 - Barisan Jawatankuasa Tertinggi Kelab Belia Penampang Proper (KBPP) telah mengadakan mesyuarat hala tuju dan program kelab pada baru-baru ini.
Dalam ucapan ringkas Pengerusi Kelab Belia Penampang Proper, Glenn Gary berkata mesyuarat tersebut untuk membincang program-program pembangunan belia sekaligus memberi aspirasi dan insipirasi kepada belia-belia khususnya diperingat akar umbi untuk mengambil bahagian dan bergiat aktif dalam persatuan.
"Melalui kelab ini, kita berharap semoga dapat melahirkan lebih banyak belia yang berkualiti dan berintegriti dalam apa jua bidang diceburi khususnya di daerah Penampang". Jelas beliau.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada KBPP atas usaha mengadakan mesyuarat tersebut. Semoga lebih banyak kelab belia mahupun sukan kembali aktif selepas mendepani cabaran pandemik Covid19.
TUARAN, 6 April 2021 - Mesyuarat Jawatankuasa Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Tuaran Bil. 2/2021 telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Tuaran hari ini.
Mesyuarat yang dipengerusikan oleh Encik Awang Hj. Mohd. Yusoff, Penolong Pegawai Daerah Tuaran antara lain adalah mendapatkan laporan terperinci persiapan daripada semua Jawatankuasa kerja yang telah dibentuk melalui mesyuarat induk yang pertama.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat turut dijemput hadir dalam mesyuarat tersebut dan telah mengetuai Jawatankuasa Seed Run.
TUARAN, 6 April 2021 - Mesyuarat Majlis Tindakan Membanteras Dadah (MTMD) Bil. 1/2021 Peringkat Daerah Tuaran telah diadakan di Bilik Mesyuarat, Pejabat Daerah Tuaran hari ini.
Mesyuarat tersebut telah dipengerusikan oleh Encik Awang Hj. Mohd. Yusoff, Penolong Pegawai Daerah Tuaran. Intipati mesyuarat diselitkan dengan pembentangan kertas pertimbangan bertajuk Pemerkasaan Isu Penyalahgunaan Dadah dan Pelencongan Sosial di Kawasan Tuaran oleh Pegawai AADK Tuaran dan Pembentangan Kertas Makluman Arahan YAB Perdana Menteri No. 1 Tahun 2004 bertajuk Jentera Penyelarasan Dasar Membanteras Gejala Dadah Negara oleh Pengarah AADK Negeri Sabah.
Turut hadir dalam mesyuarat tersebut, Encik Hamzah Md. Tahir mewakili Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat.
KOTA KINABALU, 6 April 2021 - Ahli Kelab Rekreasi SULORA, Tuaran memulakan tugasan sebagai Rakan Muda Sports Bubble Volunteer bagi perlawanan bola sepak Liga Super di antara Sabah FC menentang JDT FC yang diadakan di Stadium Likas, Kota Kinabalu hari ini.
Seramai 2 orang sukarelawan bahagian Pantai Barat dan 3 orang pegawai Jabatan Belia dan Sukan (P) Sabah terlibat di dalam pemantauan SOP penganjuran sukan tersebut.
Sukarelawan Sports Bubble memantau persediaan penganjur dalam melaksanakan acara sukan dalam norma baharu. Kelab SULORA, Tuaran diwakili oleh Presiden, Kevin Lo dan beliau berpuas hati dengan segala persiapan yang dilakukan oleh pihak penganjur dari segi pendaftaran masuk penonton yang menggunakan aplikasi mysejahtera, penjarakan sosial, penggunaan mask, penyediaan hand sanitizer dan laluan penonton yang dikawal oleh bahagian teknikal penganjur.
"Saya juga berpuas hati dengan disiplin yang ditunjukan oleh penonton sepanjang perlawanan tersebut". Jelas beliau.
Dalam perlawanan tersebut Sabah FC tewas 1-4 ditangan JDT FC. Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan terima kasih kepada sukarelawan bertugas dalam memastikan penganjur acara mengamalkan norma baharu.
KOTA KINABALU, 4 April 2021 - Coach Saief Moly, Pengerusi Kelab Kecergasan Kalabakan telah menyertai Kursus Training Of Trainers Penurunan Berat Badan " Saief Fight Obesity " ( SFO ) yang berlangsung pada 2 & 3 April 2021 bertempat di Grand Borneo Hotel, Kota Kinabalu, Sabah hari ini.
Pengerusi Kelab Kecergasan Kalabakan, Moliana Binti Mahading atau lebih dikenali Coach Saief Moly berkata, Saief Fight Obesity semenjak diperkenalkan pada tahun 2019 telah banyak memberikan variasi program SAIEF yang sedia ada serta melahirkan ramai Instruktur/ Penggerak program Kecergasan dan Penurunan Berat Badan yang bertauliah, disamping menambah baik kemahiran peserta dalam pelaksanaan aktiviti kecergasan dalam pembudayaan norma baharu ketika tempoh PKP / PKPP dikuatkuasakan seluruh Negara.
Jelas Coach Moly, Kelab Kecergasan Kalabakan mengucapkan jutaan terima kasih para penceramah yang pakar lagi berpengalaman iaitu Pengurus Urusan Saief JFH Creative Resources, Tuan Hj Syaiful Anwar, Pegawai Perubatan & Kesihatan PKD Kuala Kangsar, Doktor Siew Qui Hen dan Master Trainer Saief Malaysia Fitness, Cik Suraya Binti Isa atas perkongsian ilmu kesihatan dan kecergasan yang telah diberikan sepanjang kursus berlangsung.
Ujarnya lagi, Kelab turut merakamkan setinggi penghargaan jutaan terima kasih kepada Encik Zayanidi Abbas Pegawai Unit Sukan, Pejabat Belia dan Sukan (P) Bhg Tawau yang sentiasa memberikan komitmen, sokongan dan kerjasama serta galakkan dalam membangun gerak aktifkan sukan kecergasan di Daerah Kalabakan.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau amat berbangga serta menyanjung tinggi usaha dan komitmen Coach Saief Moly serta Kelab Kecergasan Kalabakan dalam usaha bersama-sama membudayakan gaya hidup sihat dan cergas dikalangan warga tempatan khususnya wanita di Daerah Kalabakan.
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262