
INANAM, 4 Mac 2021 - Premis pusat kecergasan gimnasium, Wow Fitness Sdn Bhd yang terletak di Jalan Nountun, Inanam amat teruja apabila diberikan sijil premis patuh SOP hari ini.
Lawatan pemantauan pematuhan SOP tersebut telah dilakukan oleh wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Encik Hamzah Md. Tahir.
Berdasarkan pemantauan patuh SOP ke atas premis tersebut, didapati semua aspek pematuhan telah dipatuhi. Pemilik premis tersebut, Encik John Joseph Fernandez berkata beliau amat teruja apabila dianugerahkan sijil patuh SOP tersebut. "Melalui sijil ini akan memberikan keyakinan kepada orang ramai untuk mula menjalani aktiviti kecergasan di premis kami. Terima kasih KBS!". Jelas beliau.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 417






