
SEMPORNA, 28 Februari 2021 - Esok akan bermula sesi persekolahan untuk murid-murid sekolah rendah. Bagi kebanyakan ibu bapa yang terjejas pendapatannya sejak pandemik Covid-19, terutamanya golongan yang kurang mampu pasti sesi persekolahan yang bakal bermula ini memeningkan kepala mereka. Bukan murah kos penyediaan peralatan sekolah untuk anak-anak mereka apalah lagi jika mempunyai lebih dari seorang anak yang bersekolah.
Justeru itu atas kesedaran dan inisiatif ini team sukarelawan cuba membantu yang termampu bagi mengurangkan bebanan ibu bapa dari golongan tersebut.
Menurut PERKALAS, hari ini sempat berkongsi alat tulis dan kasut sekolah kepada puluhan pelajar yang telah dikenalpasti. Ada juga beberapa permainan terpakai dan baru yang turut diedarkan kepada anak-anak di sekitar kawasan ini hasil perkongsian rakan-rakan yang perihatin.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau sangat-sangat menghargai menyanjung tinggi usaha murni yang dilakukan ini. Moga PERKALAS terus istiqamah membantu golongan masyarakat yang hidup susah, Asnaf di bumi tercinta ini.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 374








