
SEMPORNA, 26 Februari 2021 - Program sedekah Jumaat pagi ini dilaksanakan dengan mensasarkan lebih kurang 130 orang kanak-kanak di rumah kongsi transit kebakaran di daerah ini. Menu sarapan kali ini nasi lemak ayam dan nasi lemak ikan. Sambutannya sangat menggalakkan daripada anak-anak di kawasan ini.
Semoga program sedekah Jumaat ini boleh terus dilaksanakan agar semakin ramai golongan yang kurang mampu dapat merasakan kebaikannya. Untuk sahabat -sahabat yang ingin bersama setiap minggu mengikuti program sedekah Jumaat boleh terus menghubungi Puan Ct Naida bagi membuat tempahan.
Ujarnya lagi, Ibnu Abbas berkata, " sesungguhnya kebaikan menyebabkan sinar di wajah seseorang " Orang yang buat pahala, berseri wajahnya. Semakin banyak kita buat kebaikan, semakin banyak Allah S.W.T buka jalan kebaikan lain, Allah beri kelapangan rezeki.
Jika kamu bersedekah, lebih banyak terbuka jalan kebaikan Rasulullah S.A.W menyebutkan, "selagi kamu berinfak selagi itu Allah tidak jatuhkan kamu dalam kemiskinan."
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menghargai serta merakamkan jutaan terima kasih kepada Team PERKALAS dan semua yang terlibat menjayakan program ini.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 496







