
KENINGAU, 21 Februari – Pegawai dan kakitangan Pejabat Belia dan Sukan (P) Keningau telah berjaya mengikuti program aerodance anjuran Wellness Hub Pejabat Kesihatan Kawasan Keningau yang bermula pada jam 4.00 petang melalui siaran atas talian facebook live. Program yang dikendalikan oleh Coach Ain dan Coach Naimi merupakan program mingguan setiap hari Ahad dan mendapat sambutan yang menggalakkan dari masyarakat Keningau.
Puan Jovanna Juanis, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Keningau menyambut baik program seumpama ini bagi membolehkan kita sentiasa aktif dan cergas walaupun dalam suasana Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat. Beliau juga menyeru kelab-kelab kecergasan Daerah Keningau mengambil inisiatif ini untuk sama-sama bergiat aktif melalui atas talian selaras dalam mengamalkan gaya hidup sihat norma baharu.
Oleh:
Erzan Abdullah
PBSB Keningau
- JBS Sabah
- Hits: 474






