
TUARAN, 19 Februari 2021 - Biarpun berhadapan dengan rintangan dan risiko kerugian akibat Pandemik Covid-19, namun semangat untuk membantu golongan memerlukan tetap diutamakan.
Demikian semangat ‘tiada yang mustahil’ ditunjukkan oleh Pengerusi Majlis Belia KDCA (KYC), Steve Johnny Mositun.
Katanya, program itu adalah menggalakkan golongan belia agar tidak mudah berputus asa biarpun menerima kesan berpanjangan akibat penularan wabak Corona Virus (Covid-19) apatah lagi sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan Mac tahun lalu.
Menurut Steve yang juga seorang usahawan muda, beliau terpanggil untuk membantu golongan kurang bernasib baik kerana memikirkan nasib manusia yang tidak sama dalam menempuhi keadaan ekonomi yang tidak menentu.
“Tujuan kami adalah berkongsi ‘Love Of Sushi’ (Sushi Saadap) ini, bertemu penghuni di sini sambil bertanya khabar, di samping memberi anak-anak muda semangat menduduki peperiksaan SPM kelak,” katanya.
Turut bersama beliau ialah Presiden Persatuan Orang Asal Lotud Borneo (Indigenous Lotud Borneo Society).
Kehadiran mereka disambut penghuni rumah kebajikan tersebut diketuai Pengetua yang juga Pengasas rumah Amal Kasih, Nooraisah Ayu.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah kepada Majlis Belia KDCA diatas inisiatif dan sumbangan yang diberikan tersebut. Semoga lebih banyak lagi badan-badan korporat tampil membantu golongan yg memerlukan.
Oleh:
Hamzah Md. Tahir
PBSB Pantai Barat
- JBS Sabah
- Hits: 443






