- JBS Sabah
- Hits: 424
PERKALAS SUMBANG PERALATAN DAPUR

SEMPORNA, 13 Februari 2021 - Team sukarelawan PERKALAS sekali lagi menziarahi Kak Norsimah di pondok buruknya. Kali ini beberapa peralatan seperti kuali, periuk, sudip, pinggan mangkuk, gelas, sudu garpu, baldi dan peralatan mencuci telah disampaikan kepada Kak Norsimah hari ini.
PERKALAS berkata, semoga ini membantu dan mempermudahkan kerja-kerjanya di dapur bagi menguruskan makan minum keluarganya.
Ujarnya lagi, cuba kita lihat pondok Kak Norsimah berkeluasan lebih kurang 3 meter X 4 meter. Di pondok inilah mereka bersesak tinggal satu keluarga. Dinding dan atapnya telah bocor kerana mereka tak mampu menggantinya.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau serta PERKALAS menyeru dan merayu masyarakat yang perihatin diluar sana agar dapat bersama kita membantu baik pulih pondok ini supaya lebih selesa untuk mereka diami terutama anak kak Norsimah yang masih bayi lagi dan semoga segala usaha yang dilakukan ini mendapat ganjaran yang setimpal olehNya.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 424






