
TAWAU, 5 Februari 2021 - Team Sukarelawan PERKALAS berkempatan dan menyantuni serta mengagihkan sarapan pagi kepada 150orang penduduk sekitar Tawau hari ini.
PERKALAS berkata, terlalu ramai yang terkesan akibat pandemik sehinggakan makan minum dalam kalangan rakyat kecil juga terganggu. Sebungkus nasi lemak ayam untuk sarapan boleh jadi merangkap makan tengahari mereka. Tidak hairan jika anda turun menyelusuri hidup mereka saat ini anda akan melihat mereka makan hanya berlaukan makanan asas seperti nasi, telur @ ikan masin. Telur pun mereka beli perbiji kerana tidak mampu sekali beli sepapan.
PERKALAS menyeru mana-mana pihak turut bersama menyertai di dalam program SEDEKAH JUMAAT agar lebih ramai golongan yang terpinggir atau kurang mampu dapat dibantu meringkan beban mereka. Sahabat-sahabat yang berminat bolehlah menempah menu juadah kepada Puan Ct Naida ditalian 012-8943665 untuk diagihkan kepada golongan sasaran lokasi tertentu. PERKALAS mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat menjayakan program kali ini.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyanjung tinggi dan menyambut baik usaha murni yang dilakukan ini.
Oleh:
Zayanidi Bin Abbas
PBSB Tawau
- JBS Sabah
- Hits: 577






