KOTA KINABALU, 2 Februari 2021 - Team Sukarelawan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS) telah menerima sumbangan daripada Borenos Fried Chicken dan Sabah Law Society untuk diedarkan kepada golongan yang memerlukan.
Presiden KPS, Encik Mohd Taufik Ismail berkata sumbangan yang diterima bakal diagih-agihkan kepada masyarakat cina B40 dan warga tua sempena Sambutan Tahun Baharu Cina bulan ini.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat turut merakamkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada semua penyumbang bagi membantu KPS meneruskan misi kemanusian di Sabah.
KOTA KINABALU, 2 Februari 2021 - Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS) membuka peluang seramai 50 orang kepada belia-belia untuk menjadi sukarelawan KPS pada tahun 2021.
Bercakap dengan wakil Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat, Presiden Skuad KPS, Encik Mohd Taufik Ismail berkata Skuad KPS adalah sebuah NGO yang bergiat aktif dalam misi kemanusiaan dan kebajikan di negeri Sabah.
"Sekiranya anda memiliki kriteria berikut, andalah orang yang kami cari. Berumur 18-30 tahun, bersemangat tinggi, suka membantu dan berbakti kepada masyarakat, peramah dan senang bekerja dalam satu pasukan. Kelebihan menjadi sukarelawan kami, anda akan mendapat sijil penyertaan, pengalaman menarik dan berharga dan latihan kemahiran dalam menguruskan program" jelas beliau.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengalu-alukan belia-belia yang berminat untuk menjadi sukarelawan KPS untuk mendaftar melalui pautan https://forms.gle/MmKdMCAbyr8hrwKM8 atau menghubungi terus 0168811086 (Hotline) 0138861086 (Pengerusi) dan 0122669709 (Setiausaha).
TAWAU, 2 Februari 2021 - Telah berlangsung Lawatan Pemantauan Projek Baki Siap Pembinaan Kolam Renang Tawau di Kompleks Sukan Tawau hari ini.
Sessi pertemuan dan lawatan ini diketuai oleh Encik Joseph Juaneh, Jurutera Perunding JKR dan En Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan (P) Bahagian Tawau serta En Jasni Abdullah Sani, Wakil Kontraktor Minat Harapan Enterprise Sdn.Bhd.
Encik Syivero Patrick, Pegawai Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau berkata, Kerja-kerja pemantauan telah diberi perhatian antaranya kerja yang sedang diberi keutamaan adalah bahagian dalaman bangunan dan perparitan serta membaik pulih bahagian struktur bangunan yang ada kecacatan. Beliau juga memaklumkan peratus progress pembinaan dalam tempoh PKP 2.0 ini sebanyak 30% dan peratus ini akan meningkat setelah struktur pemasangan atas bangunan dilakukan pada bulan April depan.
Alhamdulillah kerja-kerja sedang giat rancak dijalankan. Pihak Pejabat merakamkan penghargaan jutaan terima kasih diatas kerjasama dan komitmen yang telah diberikan.
Semoga perlaksanaan dan pembinaan projek ini berjaya dengan baik sempurna.
RANAU, 2 Februari 2021 - Kelab Anak Pekan Ranau (KAMPAR) mengambil inisiatif dengan melancarkan Tabung Sayang Ranau, Bantuan Makanan Asas Covid19 2021 bagi membantu golongan yang terjejas dengan pandemik Covid19.
Pengerusi KAMPAR, Encik Mohd Fixli Jamrin berkata wabak COVID-19 yang terus menular telah memberikan ujian dan tamparan hebat buat seluruh masyarakat dunia hari ini.
"Bukan hanya sekadar kegusaran, kerisauan dan ketakutan yang hadir malah juga kelaparan, kesusahan dan kesempitan ekonomi peribadi turut menjerut masyarakat kita. Jika di PKP sewaktu awal penularan wabak Mac tahun lepas kita disajikan dengan berita seperti keluarga yang menahan lapar selama lebih 3 hari, cerita bayi baru lahir diberi minum air didihan beras dan sebagainya. Kali ini pasti lebih menguji. Sampai bila? Siapa pun tidak mampu menduga. Dilema hilang pekerjaan, perniagaan rugi, kelaparan menjadi santapan setiap hari". Jelas beliau.
Atas sebab tersebut, KAMPAR mengalu-alukan sumbangan orang ramai mahupun badan-badan korporat bagi meringankan beban ditanggung golongan terjejas. "Bantu kami meringankan beban mereka khususnya masyarakat Ranau yang semakin terdesak melalui sumbangan kepada projek Bantuan Makanan Asas 3.0 (Bmac 3.0). Salurkan sumbangan anda ke akaun: 8009619439 - CIMB KELAB ANAK MUDA PEKAN RANAU. Semoga kita terus kuat melawan wabak COVID-19". Tambah beliau.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah atas usaha dan inisiatif KAMPAR dan berharap agar lebih banyak lagi kelab-kelab belia mahunpun sukan tampil dengan usaha sedemikian.
TAWAU, 2 Februari 2021 - Majlis Belia Sabah (MBS) dengan kerjasama Persatuan Pemangkin Pendidikan Tawau & Kelab Belia GREAT Tawau akan melaksanakan Kelas Tuisyen Online 2.0 secara PERCUMA kepada pelajar dari kelompok B40 dan mereka yang tercicir dalam pelajaran akibat pandemik Covid-19.
Saudara Mohd Syahnidzam Ahmad berkata, pihak denganjur dengan berbesar hati mengalu-alukan orang ramai yang ingin menjadi tenaga pengajar secara sukarela bagi menjayakan Program tersebut. Berikut merupakan program yang bakal dilaksanakan: • UPSR • PT3 • SPM • STPM • Kelas Talent
Tambahnya lagi, bagi individu yang berminat untuk menjadi sukarelawan tenaga pengajar bolehlah hubungi Cikgu Aynie ditalian 017-4416155 atau melalui link pendaftaran yang disediakan:-https://forms.gle/YstVunVGuusVpjtc8
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyambut baik dan menyanjung tinggi hasrat murni pihak MBS dan Persatuan Pemangkin Pendidikan Tawau serta Kelab Belia GREAT Tawau dalam usaha memartabatkan ilmu pendidikan demi kebaikan dan manfaat anak-anak muda belia Negeri Sabah dan Bahagian Tawau khasnya.
TAWAU, 1 Februari 2021 - Team Sukarelawan PERKALAS masih diberi keizininan olehNYA untuk mengedarkan pek bantuan makanan asas hasil amanah daripada sahabat-sahabat semua telah disampaikan hari ini. Sasarannya ialah asnaf penerima bantuan bulanan di bawah seliaan PERKALAS.
Doakan semoga semua yang terlibat terus istiqamah menjalani rutinitas berkongsi rezeki pada setiap bulan. Amalan sebegini penting sebagai pencuci rezeki dan bentuk tanda mensyukuri rezeki yang Tuhan pinjamkan. Jangan lupa turut doakan untuk para asnaf di bawah seliaan PERKALAS agar boleh keluar dari ujian belenggu kemiskinan.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau mendoakan semoga PERKALAS terus istiqamah membantu golongan masyarakat yang susah.
TAWAU, 1 Februari 2021 - Malam ini ada beberapa lokasi rumah Asnaf di bawah seliaan kami dinaiki air akibat hujan lebat petang tadi dan berkesempatan turun menziarahi tiga warga emas yang tinggal sebatang kara di pondok mereka hari ini.
PERKALAS berkata, rasa sedih melihat keadaan pondok mereka, bagaimana tiga warga emas ini tidur dengan keadaan pondok mereka seperti reban ayam. Semoga ada rezeki untuk membantu membaik pulih atau membina penempatan baru untuk mereka dalam usia senja mereka jika boleh berikan mereka kebahagiaan. Bantuan pek makanan ini diharap membantu sedikit beban hidup mereka.
Pejabat Belia dan Sukan Persekutuan Bahagian Tawau menyanjung tinggi niat murni PERKALAS dan mendoakan nasib keluarga ini terbela dan diambil perhatian oleh pihak-pihak berkenaan.
TUARAN, 1 Februari 2021 - Pusat Ekonomi Sosial Anak Tuaran (PESAT) bakal diperkasa dengan aktiviti belia sebaik sahaja arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) berakhir.
Perkara tersebut dinyatakan oleh Encik Mohd. Ghazali Hajiji, Pengerusi Kelab Belia Pekan Tuaran semasa membuat lawatan bersama AJK tertinggi kelab tersebut di PESAT hari ini.
Beliau yang juga merupakan Pengerusi PESAT berkata selain daripada aktiviti belia yang akan diperkasakan, landskap PESAT juga akan dinaiktaraf bagi mempastikan kawasan tersebut mampu menarik minat belia berkunjung ke PESAT.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat mengucapkan syabas dan tahniah atas inisiatif tersebut dan akan bersama-sama belia bagi memperkasakan semula PESAT sebagai satu identiti Tuaran Bandar Belia.
TUARAN, 1 Februari 2021 - Projek Baikpulih rumah Pakcik Sani merupakan projek pertama inisiatif Sukarelawan Persatuan Skuad Komuniti Prihatin Sabah (KPS).
Menurut Presiden KPS, Encik Mohd Taufik Ismail berkata, projek tersebut tercetus semasa menghantar bantuan pek makanan di Kg Geringsing, Mengkabong pada 20 November 2020 yang lalu dan pada masa itu sukarelawan Skuad KPS melihat struktur rumah agak keadaan teruk.
"Team Skuad KPS telah melancarkan kempen bagi mencari dana bagi membantu rumah Pakcik Sani selama 2 minggu. Alhamdulillah, Skuad KPS berjaya membantu baikpulih rumah pak cik Sani dengan menyediakan keperluan asas melalui sumbangan orang ramai bermula sejak 6 Januari 2021". Jelas beliau.
"Antara baikpulih yang telah kami lakukan ialah lantai rumah, pintu, dinding, tangga, saluran paip air, lampu, mengecat luaran rumah dan membuat satu bilik untuk anak perempuan beliau. Selain itu, turut disumbangkan tikar getah, dapur memasak, peralatan masak ,kipas, televisyen, periuk nasi, kabinet dapur, singki dan barangan makanan asas". Beliau menambah.
Pejabat Belia dan Sukan (P) Bahagian Pantai Barat dan Skuad KPS ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada para penyumbang dari segi kewangan, barangan, tenaga dan masa iaitu Khal Resources (Penyumbang Utama), Jetsin Sdn. Bhd, Pergerakan Puteri Islam Malaysia Perhubungan Daerah Papar, Life Water (Air mineral kepada sukarelawan), Fiqirs Enterprise, Hidayah Corporation, Consumers Front of Sabah -cfos dan Julie's Biscuits (Minuman Fresher untuk sukarelawan).
Kompleks Belia Dan Sukan (Persekutuan) Negeri Sabah
Jalan Taman Pasir Putih, Putatan
Mel Beg 81, 88998 Kota Kinabalu Sabah
Tel : 088-765777 / 088-761777 | Fax : 088-765262